?>
Trip Osaka 2018

Trip Osaka 2018 – Marilah!

Trip Osaka 2018 bersama Puan Suraya Ali

Setiap tahun, saya akan membawa kawan-kawan yang mahu menyertai Trip Osaka 2018.

Trip ini banyak berjalan kaki dan menggunakan kenderaan awam.

Trip Osaka 2018

Lokasi untuk Trip Osaka 2018

Kobe

Antara tempat yang akan ditujui ialah Masjid Kobe.

Perjalanan pertama kali kami kesini menaiki bas .
Pada mulanya kami bertanya ‘adakah-kami-menaiki-bas-yang-betul’ dari seorang pak cik Jepun.
Beliau berusia 80 tahun dan baru dikenali didalam bas.


Ini bukan jalannya balik rumah beliau.
Namun bersungguh-sungguh beliau bawakan rombongan kami sampai depan pintu masjid.
Lepas hantar kami dia kena naik bas lain untuk pulang ke rumahnya!
Sampai macam tu sekali kan.


Selalunya saya tunjukkan sahaja arah pada orang yang bertanya kiri-depan kedai-belok kanan- nampak gerai goreng pisang-ha situlah.
Paling baik hati, saya lukiskan arah dalam kertas.
Tapi pakcik ini menabur budi pada kami menghantarkan kami ke sini.

Masjid Kobe ini adalah masjid pertama di Jepun.
Dalam gambar ni beberapa orang wanita tempatan Jepun bertanyakan tentang Islam dan Allah.
Dijawab dengan sabar dan berilmu oleh lelaki Jepun dan lelaki baju biru.

 

Yang saya faham ialah Allah dan Islam sahaja. Perbualan mereka dalam Nihonggo.
Masuk ke dalam masjid ini, lelaki berbaju biru menyambut kami.
Bila kami rapatkan pintu masjid, dia buka semula. Biarkan pintu ini terbuka.
Agaknya itulah kata katanya setelah ditranslate.

Kami datang untuk solat Zuhur pukul 1.30 pm rupanya Zuhur disini 11.30 am.
Kali kedua kami kesini dapat kenangan bersolat Jumaat bersama umat Islam di kawasan sekitar termasuklah rakyat Malaysia dan Indonesia yang tinggal dan berkunjung disini.

Trip Jepun 2018

Nara

Nara adalah diantara tempat yang tidak dibom Amerika sewaktu Perang Dunia kedua dahulu.
Ia mempunyai banyak shrine lama.

Paling istimewa disini ialah rusa yang jinak dan dibiarkan lepas bebas.
Beberapa kali saya ke sini.
Kali pertama waktu pagi, rusa-rusa ini memang lapar.
Sampai ke tren stesen mereka cari orang untuk beri makanan.

Makanan rusa ini ada dijual dalam harga 1500 Yen (dalam RM6).
Jangan beri makanan lain ya seperti sushi atau nasi lemak kita bawa dari rumah.

Kali seterusnya, kami datang hampir petang sebab pagi hari kami ke flea market.
Masa ni rusa dah nak tidur dan mereka dah start kembali ke kawasan dalam.
Jadi kami beramai-ramai kena jalan jauhhhhhh mencari rusa dimanalah mereka ini agaknya.

Namun berapa kali pergi sekalipun, Trip Osaka untuk ke Nara memang antara yang dinanti setiap tahun oleh saya sendiri!

Trip Jepun Suraya Ali

Shinshaibashi/Dotonbori

Disini kita akan cuci mata dan cuci poket hihi.
Siapa mencari G-Shock, Anello, LV, Porter – ada disini.

Kenapa gambar dibawah macam tak menarik sahaja haha.
Shinshaibashi jauhhh lebih cantik dari gambar ini cuma ketika ini saya berada di deretan kedai yang murah sedikit kerana mencari barang.

Deretan kedainya panjang.
Pasti kita akan pergi ke tempat yang cantik dan menjadi tempat bergambar semua pelancong iaitu di hadapan signboard Glico-Man.

Trip Jepun 2018

Kyoto

Di Kyoto kita akan ke Arashiyama Bamboo Forest dan juga Fushimi Inari Shrine.
Kalau kawan-kawan suka bergambar, inilah tempat yang sangat-sangat tenang untuk dikunjungi sambil menikmati street food.

Trip Jepun 2018

Trip Osaka 2018 juga akan ke Osaka Castle, Museum of Living and People.

Untuk kawan kawan yang mahu ke Universal Studio Osaka juga boleh gunakan satu hari extra untuk kesana.
Bagi yang tak mahu ke Universal Studio, mereka akan mengambil kesempatan ini untuk ‘cari barang’ samada beli helmet atau handbag yang mereka mahukan kerana disini boleh dapat dengan harga berpatutan.

Ultraman pun ramai disini cuma kena cari!

 

Bulan Mac 2018 sehingga April 2019, ini adalah tarikh-tarikh dan kos yang untuk Trip Osaka 2018.
Harga ini tidak termasuk flight , makan sepanjang perjalanan dan juga belanja peribadi.

  • Anggaran harga flight ialah RM1500 (bergantung kepada waktu belian tiket).
  • Ianya adalah untuk penginapan 6 hari 5 malam, kos travel, kos masuk ke tempat-tempat yang dikunjungi (kecuali extra 1 hari yang optional), travel insurans dan juga kos travel buddy.
  • Ia juga adalah untuk kumpulan 12 orang ya.
  • Penginapan ialah guesthouse.
  • Kita akan banyak berjalan kaki anggaran 12000 langkah sehari.

 

Bulan April 2018 (Trip Sakura)

30 Mac – 4 April (RM2500)

Bulan November 2018
25 – 30 November (RM2500)

Untuk mendaftar tarikh diatas, klik link ini ya

Sekiranya Tuan/Puan ada mempunyai grup seramai 12 orang, boleh juga klik link diatas untuk mendapatkan servis travel buddy kami ya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *